Situasi Vs Anda

1.Biasanya dalam apa jua bisnes situasi menjadi MUSUH utamanya.Jangan biarkan PERNIAGAAN anda diHANTUI situasi.

2.SEorang perniaga yang bijak Tidak membiarkan PERNIAGAAN menjadi mangsa keadaan sebaliknya MENGGUNAKAN keadaan sebagai BATU loncatan satu perniagaan itu.

3.SITUASI kebiasaannya memang tidak akan MENYEBELAHI peniaga sebaliknya PENIAGA lah seharusnya BIJAK merancang dan merangka apa jua strategi dalam mengharungi satu SITUASI itu.

4.DALAM islam kita lazim dengar tentang IKTIAR tetepi sejauh manakah kita BERIKTIAR sebelum BERTAWAKKAL. Rezeki itu tidak datang bergolek melainkan peniaga sendiri yang menggolekkan dirinya ke arah REZEKI itu.

5.Contohnya Jika anda peniaga goreng pisang pada waktu petang -mula pukul 3-7petang. Nasib tidak menyebelahi anda pada satu ketika dimana HUJAN turun selebat2 nya pada pukul 4 petang hingga ke malam.

6.ANDA vs SITUASI. Adakah anda terus menutup kedai utk hari itu? adakah anda berehat utk hari itu dan bagaimana jika hari2 pun masih hujan selama seminggu? pendapatan anda rn200 sehari terjejas kerana hujan?

7. Adakah HUJAN menjadikan rezeki anda tertutup? kepada siapa anda harus marah?marahkan takdir, marahkan hujan atau marahkan diri kerana tidak mampu menghasilkan jualan dikala hujan?

8.SEbenarnya jika anda berfikir dan berstrategi anda mampu menghasilkan jualan walaupun ketika hujan. ketika petir ketika malam dan sebginya.Daripada anda merungut memikirkan nasib HUJAN adalah LEBIH baik anda memikirkan stategi BERPERANG dengan HUJAN.

9.Itu yang biasa kita dengar khususnya dalam PERNIAGAAN dimana LANTAI disalahkan apabila TARIAN dalam PERNIAGAAN yang diceburi TIDAK serancak BIASA.

10.Jangan mudah melatah terhadap SITUASI dan JANGAN pula mudah MENGALAH dalam apa jua keadaan. INGAT, anda adalah RAJA kepada perniagaan anda justeru anda mengawal situasi, keadaan, dan cabaran.RENUNG-RENUNGKAN….

Perniagaan

1. Ramai atau semua pun tahu 9/10 rezeki Allah datangnya dari PERNIAGAAN. Tapi berapa kerat sahaja orang yang ada tindakan untuk itu. Tak kisahlah apa jenis PERNIAGAAN yang penting melibatkan urusan PENJUALAN dan PEMBELIAN.

2.Bila sebut perniagaan mesti ada Penjualan dan pembelian. Kalau takda barang yang didagangkan atau atas angin jek, bukan PERNIAGAAN gitu. Awas!

3.Lagi satu dalam PERNIAGAAN ini kenalah konsistan , berdisiplin dan tekun serta fokus. Takdanya cepat sangat nak kaya dsb. Citer jelah apa pun bisnes.

4. Ramai yang salah anggap kat internet ni lubuk nak buat bisnes cepat jadik kaya huu.Sangat senanglah jadik kaya kalu gitu. Kan Gitu? Mana dapat jepp kalau tengok sume otai2 internet Berjaya atas sebab usaha yang gigih dan konsistan. Bukan tup tap petik-petik jari dapat.

5.Ramai plak yang mengaku kaya dalam internet ni, buat-buat kaya atau menyamar kaya.Apesal la kan? suka tunjuk2 statement kat orang .Tunjuk kete kat orang rumah la , banglo la itu la ini la..HUrm?

6.So jaga-jaga dengan golongan itu ya pak. Buat bisnes dengan ikhlas jangan kutuk-kutuk orang lain dan jaga hubungan.

7. Yang saya tahu dalam bisnes ni takda rahsia kejayaan. Rahsia dier adalah ia takde rahsia. Buat dulu baru tahu ye tak.

8.Jangan terpedaya dengan janji-janji manis dan SKIM SKIM yang nampak kayanya cepat.

9.PERNIAGAAN adalah untuk jangkamasa panjang . Bukan bermakna dapat duit lambat tapi untuk berterusanla bisnesnya. Sampai ke anak cucu gitu.