Situasi Vs Anda

1.Biasanya dalam apa jua bisnes situasi menjadi MUSUH utamanya.Jangan biarkan PERNIAGAAN anda diHANTUI situasi.

2.SEorang perniaga yang bijak Tidak membiarkan PERNIAGAAN menjadi mangsa keadaan sebaliknya MENGGUNAKAN keadaan sebagai BATU loncatan satu perniagaan itu.

3.SITUASI kebiasaannya memang tidak akan MENYEBELAHI peniaga sebaliknya PENIAGA lah seharusnya BIJAK merancang dan merangka apa jua strategi dalam mengharungi satu SITUASI itu.

4.DALAM islam kita lazim dengar tentang IKTIAR tetepi sejauh manakah kita BERIKTIAR sebelum BERTAWAKKAL. Rezeki itu tidak datang bergolek melainkan peniaga sendiri yang menggolekkan dirinya ke arah REZEKI itu.

5.Contohnya Jika anda peniaga goreng pisang pada waktu petang -mula pukul 3-7petang. Nasib tidak menyebelahi anda pada satu ketika dimana HUJAN turun selebat2 nya pada pukul 4 petang hingga ke malam.

6.ANDA vs SITUASI. Adakah anda terus menutup kedai utk hari itu? adakah anda berehat utk hari itu dan bagaimana jika hari2 pun masih hujan selama seminggu? pendapatan anda rn200 sehari terjejas kerana hujan?

7. Adakah HUJAN menjadikan rezeki anda tertutup? kepada siapa anda harus marah?marahkan takdir, marahkan hujan atau marahkan diri kerana tidak mampu menghasilkan jualan dikala hujan?

8.SEbenarnya jika anda berfikir dan berstrategi anda mampu menghasilkan jualan walaupun ketika hujan. ketika petir ketika malam dan sebginya.Daripada anda merungut memikirkan nasib HUJAN adalah LEBIH baik anda memikirkan stategi BERPERANG dengan HUJAN.

9.Itu yang biasa kita dengar khususnya dalam PERNIAGAAN dimana LANTAI disalahkan apabila TARIAN dalam PERNIAGAAN yang diceburi TIDAK serancak BIASA.

10.Jangan mudah melatah terhadap SITUASI dan JANGAN pula mudah MENGALAH dalam apa jua keadaan. INGAT, anda adalah RAJA kepada perniagaan anda justeru anda mengawal situasi, keadaan, dan cabaran.RENUNG-RENUNGKAN….