MAHAGURU

1.Dalam kehidupan kita hari demi hari adalah proses pembelajaran .Sejak lahir hingga meninggal dunia adlah satu proses pembelajaran.Tentang HIDUP tentang MATI dan segalanya.

2.GURU memainkan  satu peranan penting dalam kehidupan tanpa kita sedari. Dari kecil hingga dewasa kita mempraktikkan segala yang diajar oleh guru secara sedar atau tidak kita sedari. ‘There was nothing originally from U.’ We learn and Copy behavior even a thinking method.

3.Sama juga dalam industri PERNIAGAAN. Saudagar apa pun anda haruslah mempunyai guru@mentor dalam menuju kejayaan.

4.Kebiasaannya GURU tersebut pernah melalui kesukaran yang bakal kita tempuhi dan membimbing kita supaya tidak terjerumus ke arah jalan yang sama.

5.Nasihat dan pandangannya adalah berdasarkan ilmu dan amalannya selama satu tempoh dalam PERNIAGAAN.

6.Belajarlah dengan GURU yang betul dan bukan yang pura-pura pernah mengecapi atau terlibatkan dalam satu PERNIAGAAN itu. KEJAYAAN dan KEGAGALAN bukan soalnya tetepi perjalanan dan pengalaman seorang guru itu menjadi peluru dalam perang PERNIAGAAN.

7.Dalam areana bisnes diluar sana  kebiasaannya seorang GURU tidak menurunkan semua ilmu kepada muridnya kerana takut anak murid lawan tokey.Tetapi dalam industri NETWORK MARKETING seorang mentor atau guru menjadikan anak muridnya lebih handal dari padanya dan kalau boleh melebihinya kerana kejayaan anak muridnya juga merupakan kejayaannya.

8.RAmai mentor-mentor yang KONONnya PAKAR di internet dewasa ini dan menjadikan susah untuk mengenal pasti GURU yang betul-betul GURU.

9.BErgurulah untuk ilmu dan bukan menjadi KAYA atau berjaya INSYAALLAH kejayaan itu akan datang kemudian.WISDOM………