Demi Masa

1.Demi Masa. Sesungguhnya manusia kerugian.Melainkan mereka yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan pada kebenaran.

2.Setiap orang dikurniakan 24jam satu hari. PM , menteri , guru besar , penganggur, cikgu sekolah, IM, semua pun memiliki masa yang sama.

3.Tapi kerap kali kita dengar ramai yang BANGGA menyatakan ‘aku takde masa la”, ‘ aku BZ ‘ dalam kehidupan sehari-hari mereka.

4.Entah apa yang dibanggakan menjadi seorang yang SIBUK. atau buat-buat SIBUK.Itulah penyakit masyarakat kita kini.

5.Adapun segelintir suka lepak di kedai kopi menghabiskan sisa-sisa masa selain waktu bekerja seperti hujung minggu lazimnya. Majoriti membincangkan isu-isu semasa seperti kenaikan harga minyak , hal semasa.

6.Setakat BINCANG sahaja TIDAK berkesudahan selagi TINDAKAN tidak diambil.Sampai ke sudah ceritanya. Sabo je lah.

7.Bila sebut tentang PERNIAGAAN utk mengatasi masalah permasalahannnya mulalah Ke BZ annya . Masanya tidak ada dan sebagainya.

8.Yang sebenarnya aspek terpenting untuk dipelajari adalah pengurusan Masa. Bagaimana pengurusan masa yang berkesan setiap hari dapat menjadikan PERNIAGAAN bekerja untuk anda. Bukan bekerja utk PERNIAGAAN.

9.1 jam sehari jika anda peruntukkan untuk menjalankan sejenis perniagaan sudah pasti akan anda dapat hasilnya saban bulan , tahun dan membantu anda menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi sekarang.

10.Konsistensi adalah kunci kepada apa jua PERNIAGAAN dan rancangan. Tapi ramai yang tidak sabar dan mahu melihat hasil yang cepat lantaran terjerat dalam pelbagai skim Penipuan.

11. Sebagai contoh anda menulis 1page blog sehari , dalam masa setahun blog anda sudah mempunyai 365post dan mungkin anda boleh bukukan dan jual.Hargai masa anda untuk sesuatu yang berfaedah.

Muqadimah….

assalamualaikum.

1. Selamat datang keblog kisah saudagar.Blog ini adalah tentang perniagaan, peluang bisnes, pandangan bisnes, komen bisnes, penerangan bisnes dan apa-apa yang berkaitan dengan perihal seorang saudagar.

2.Blog ini bertujuan berkongsi sedikit pemahaman tentang dunia perniagaan mengikut penakrifan saya.Saya juga berkongsi sedikit ilmu ,pengetahuan dan apa yang saya ada selama saya menjalankan perniagaan dan selok belok perniagaan yang merangkumi pengetahuan saya.

3. Saya hanya berkongsi berdasarkan perkara yang saya ketahui dan pengalaman saya beberapa tahun menjalankan bisnes.

4.Sesiapa pun boleh mengemukankan sebarang pandangan atau komen pada blog ini asalkan tidak bertujuan jahat.

5.Saya masih belajar dalam dunia ini terus belajar untuk memajukan diri, bangsa dan komuniti sekeliling saya insyaaallah.